Mazmur 14:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.Orang bodoh berkata dalam hati,“Tidak ada Allah.”Mereka semua jahat dan perbuatan mereka keji;tidak seorang pun melakukan yang baik.

2. Dari syurga TUHAN memandang umat manusiauntuk mencari orang yang bijak,orang yang menyembah Dia.

3. Tetapi semua orang sudah menyimpang dan sesat,tiada seorang pun melakukan yang baik.

4. TUHAN bertanya, “Tidakkah semua orang jahat ini tahu?Mereka hidup dengan merompak umat-Ku,dan tidak pernah berdoa kepada-Ku.”

5. Orang jahat akan ketakutan,kerana Allah menolong orang yang taat kepada-Nya.

Mazmur 14