Mazmur 135:1-15 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Pujilah TUHAN!Pujilah nama TUHAN, hai kamu hamba-hamba TUHAN

2. yang beribadat di Rumah TUHAN,di tempat kediaman Allah kita.

3. Pujilah TUHAN kerana Dia baik;pujilah nama-Nya kerana Dia murah hati.

4. Dia memilih Yakub bagi diri-Nya sendiri,dan umat Israel sebagai milik-Nya sendiri.

5. Aku tahu bahawa TUHAN kita agung;Dia lebih agung daripada semua dewa.

6. Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya,di langit mahupun di bumi,di laut mahupun di samudera.

7. Dia mendatangkan awan ribut dari hujung bumi;Dia menjadikan kilat untuk ribut,dan Dia mengeluarkan angin dari tempat simpanan-Nya.

8. Di Mesir Dia membunuh semua anak sulung manusiadan semua anak sulung binatang.

9. Di sana Dia melakukan banyak mukjizat dan hal yang menakjubkanuntuk menghukum raja Mesir dan semua pegawainya.

10. Dia memusnahkan banyak bangsa,dan membunuh raja-raja yang berkuasa:

11. Sihon, raja Amori dan Og, raja Basan,dan semua raja di Kanaan.

12. Dia menyerahkan negeri mereka kepada umat-Nya;Dia memberikannya kepada umat-Nya, Israel.

13. Ya TUHAN, Engkau akan sentiasa diisytiharkan sebagai Allah;semua keturunan akan mengingat Engkau.

14. TUHAN akan membela umat-Nya;Dia akan mengasihani hamba-hamba-Nya.

15. Patung berhala bangsa-bangsa dibuat daripada perak dan emas,dan dibentuk oleh tangan manusia.

Mazmur 135