8. Datanglah dan tinggallah di Rumah-Mu, ya TUHAN,bersama-sama Tabut Perjanjian, lambang kekuasaan-Mu.
9. Hendaklah imam-imam-Mu sentiasa melakukan apa yang benar;hendaklah umat-Mu bersorak-sorak kerana sukacita.
10. Engkau telah berjanji kepada Daud, hamba-Mu.Ya TUHAN, janganlah tolak raja pilihan-Mu.
11. Engkau telah berjanji dengan sumpah kepada Daud -Engkau tidak akan memungkiri janji ini:“Aku akan melantik salah seorang anakmu menjadi raja,dan dia akan mewarisi takhtamu.
12. Jika anak-anakmu setia kepada perjanjian-Ku,dan kepada perintah yang Aku beri mereka,maka anak-anak mereka juga akan mewarisi takhtamu selama-lamanya.”
13. TUHAN telah memilih Sion;Dia hendak menjadikannya tempat tinggal-Nya.
14. Dia berfirman, “Di sinilah tempat kediaman-Ku selama-lamanya;Aku hendak tinggal di tempat ini.
15. Aku akan memberi Sion segala keperluannya sehingga berlimpah-limpah;Aku akan mengenyangkan penduduknya yang miskin dengan makanan.
16. Imam-imamnya memperlihatkan penyelamatan daripada-Ku,dan rakyatnya akan bersorak-sorak kerana sukacita.