Mazmur 132:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Lagu ziarah.Ya TUHAN, ingatlah akan Daud,dan segala kesusahan yang ditanggungnya.

2. Ingatlah akan janjinya kepada-Mu, ya TUHAN,dan nazarnya kepada-Mu, Yang Maha Kuat, Allah yang disembah Yakub.

3. Katanya, “Aku tidak akan pulang atau tidur;

4. aku tidak akan berehat atau melelapkan mata,

5. sehingga aku membina rumah bagi TUHAN,tempat kediaman bagi Yang Maha Kuat, Allah yang disembah Yakub.”

6. Kami mendengar tentang Tabut Perjanjian di Betlehem,dan menemuinya di padang Yaar.

7. Kami berkata, “Marilah kita pergi ke Rumah TUHAN;marilah kita sembah Dia di hadapan takhta-Nya.”

8. Datanglah dan tinggallah di Rumah-Mu, ya TUHAN,bersama-sama Tabut Perjanjian, lambang kekuasaan-Mu.

9. Hendaklah imam-imam-Mu sentiasa melakukan apa yang benar;hendaklah umat-Mu bersorak-sorak kerana sukacita.

Mazmur 132