Mazmur 126:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Lagu ziarah.Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem,kita seperti bermimpi!

2. Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira!Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita,“TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka.”

3. Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita;itulah sebabnya kita bersukacita!

4. Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula,seperti sungai kering berair semula pada musim hujan.

Mazmur 126