Mazmur 123:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Lagu ziarah.Aku memandang ke syurga, tempat Engkau bersemayam;aku berdoa kepada-Mu, ya TUHAN.

2. Seperti seorang hamba bergantung kepada tuannya,dan seorang hamba perempuan kepada puannya,demikian juga kami berharap kepada-Mu, ya TUHAN, Allah kami,sehingga Engkau mengasihani kami.

3. Kasihanilah kami, ya TUHAN, kasihanilah kami,kerana kami sudah terlalu banyak dihina.

Mazmur 123