Mazmur 118:17-27 Alkitab Berita Baik (BM)

17. Aku tidak akan mati, tetapi aku akan hidup,untuk menceritakan perbuatan TUHAN.

18. Dia telah menghukum aku dengan berat,tetapi Dia tidak membiarkan aku mati.

19. Bukalah pintu gerbang Rumah TUHAN untukku,supaya aku masuk dan bersyukur kepada TUHAN!

20. Inilah pintu gerbang TUHAN;hanya umat Allah boleh memasukinya.

21. Aku memuji-Mu, TUHAN, kerana Engkau mendengar seruanku,kerana Engkau telah memberi aku kemenangan.

22. Batu yang dibuang pembina-pembina itutelah menjadi batu yang paling utama.

23. Inilah perbuatan TUHAN;sungguh mengagumkan bagi kita!

24. Inilah hari kemenangan TUHAN;marilah kita rayakannya dengan gembira.

25. Kami memohon supaya Engkau menyelamatkan kami, ya TUHAN!Ya TUHAN, berilah kami kejayaan!

26. Semoga Allah memberkati dia yang datang demi nama TUHAN!Dari Rumah TUHAN, kami memberkati kamu semua.

27. TUHAN itu Allah;Dia baik kepada kita.Dengan melambai-lambaikan dahan pokok, mulakanlah perayaandan berjalanlah mengelilingi mazbah.

Mazmur 118