Mazmur 118:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik,dan kasih-Nya kekal abadi.

2. Hendaklah umat Israel berkata,“Kasih-Nya kekal abadi.”

3. Hendaklah imam-imam Allah berkata,“Kasih-Nya kekal abadi.”

4. Hendaklah semua orang yang menyembah Dia berkata,“Kasih-Nya kekal abadi.”

5. Dalam kesukaran, aku berseru kepada TUHAN;Dia mengabulkan doaku dan membebaskan aku.

6. Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku;apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku?

7. TUHAN itulah yang menolong aku,aku akan melihat musuh-musuhku dikalahkan.

8. Lebih baik berlindung kepada TUHAN,daripada mengharapkan manusia.

9. Lebih baik berlindung kepada TUHAN,daripada mengharapkan pemimpin.

Mazmur 118