8. TUHAN telah menyelamatkan aku daripada maut;Dia menghentikan air matakudan tidak membiarkan aku dikalahkan.
9. Maka aku hidup di hadirat TUHAN,di dunia orang yang hidup.
10. Aku tetap percaya, walaupun aku berkata,“Aku dikalahkan sama sekali.”
11. Walaupun dalam kecemasan aku berkata,“Tiada seorang pun yang boleh dipercayai.”
12. Apakah yang dapat aku persembahkan kepada TUHANuntuk segala kebaikan-Nya terhadap aku?
13. Aku akan memberikan persembahan wain kepada TUHAN,untuk bersyukur kepada-Nya kerana Dia menyelamatkan aku.
14. Di hadapan semua umat-Nya,aku akan menunaikan janjiku kepada-Nya.
15. TUHAN sangat sedihapabila orang yang setia kepada-Nya mati.
16. Aku ini hamba-Mu, ya TUHAN;aku mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu.Engkau telah menyelamatkan aku daripada maut.
17. Aku akan mempersembahkan korban syukur kepada-Mu,dan aku akan berdoa kepada-Mu.
18. Aku akan menunaikan janjiku kepada TUHANdi hadapan semua umat-Nya,
19. di halaman Rumah TUHAN,di kota Yerusalem.Pujilah TUHAN!