1. Aku mengasihi TUHAN, kerana Dia mendengar seruanku;Dia mendengar permintaanku.
2. Dia mendengar akusetiap kali aku berseru kepada-Nya.
3. Maut mengepung aku,dan kengerian kubur meliputi aku;aku sangat takut dan cemas.
4. Lalu aku berseru kepada TUHAN,“Aku memohon, ya TUHAN, selamatkanlah aku.”
5. TUHAN itu pengasih dan adil;Allah kita penuh belas kasihan.
6. TUHAN melindungi orang yang tidak berdaya;ketika aku menghadapi bahaya, Dia menyelamatkan aku.