Mazmur 115:11-18 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Percayalah kepada TUHAN,hai semua orang yang menyembah Dia.Dialah yang menolong dan melindungi kamu.

12. TUHAN mengingati kita dan akan memberkati kita;Dia akan memberkati umat Israeldan semua imam Allah.

13. Dia akan memberkati semua orang yang menghormati Dia;baik orang besar mahupun orang biasa.

14. Semoga TUHAN menganugerahkan anak-anakkepada kamu dan keturunan kamu.

15. Semoga kamu diberkati TUHAN,yang menjadikan langit dan bumi.

16. Syurga adalah kepunyaan TUHAN sahaja,tetapi Dia memberikan bumi kepada manusia.

17. TUHAN tidak dipuji oleh orang mati,orang yang sudah turun ke alam yang sunyi.

18. Tetapi kita yang hidup bersyukur kepada-Nya,sekarang dan selama-lamanya.Pujilah TUHAN!

Mazmur 115