1. Bukan kami, ya TUHAN, bukan kami,tetapi Engkau sahaja yang harus dimuliakan dan dipuji,kerana Engkau setia dan tetap mengasihi kami.
2. Mengapakah bangsa-bangsa bertanya,“Di manakah Allah mereka?”
3. Allah kami ada di syurga;Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya.
4. Berhala-berhala mereka dibuat daripada perak dan emas,dibentuk oleh tangan manusia.
5. Berhala-berhala itu mempunyai mulut tetapi tidak dapat bercakap,mempunyai mata tetapi tidak dapat melihat,
6. mempunyai telinga tetapi tidak dapat mendengar,mempunyai hidung tetapi tidak dapat menghidu,