Mazmur 115:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Bukan kami, ya TUHAN, bukan kami,tetapi Engkau sahaja yang harus dimuliakan dan dipuji,kerana Engkau setia dan tetap mengasihi kami.

2. Mengapakah bangsa-bangsa bertanya,“Di manakah Allah mereka?”

3. Allah kami ada di syurga;Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya.

4. Berhala-berhala mereka dibuat daripada perak dan emas,dibentuk oleh tangan manusia.

5. Berhala-berhala itu mempunyai mulut tetapi tidak dapat bercakap,mempunyai mata tetapi tidak dapat melihat,

Mazmur 115