Mazmur 112:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Orang yang baik tidak sekali-kali akan gagal;dia akan diingat selama-lamanya.

7. Dia tidak takut menerima berita buruk;hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN.

8. Dia tidak khuatir ataupun takutkerana dia yakin musuhnya akan dikalahkan.

9. Dia memberikan sedekah kepada orang miskin,dia selalu murah hati,dia akan berkuasa dan dihormati orang.

10. Orang jahat melihat hal ini lalu naik marah;mereka memandang aku dengan kebencian.Lalu mereka binasa;harapan mereka lenyap selama-lamanya.

Mazmur 112