1. Pujilah TUHAN!Berbahagialah orang yang menghormati TUHAN,yang suka mentaati perintah-Nya.
2. Anak-anak orang yang baik akan berkuasa di negeri ini;keturunannya akan diberkati.
3. Keluarganya akan menjadi kaya-raya,dan dia akan makmur selama-lamanya.
4. Dia seperti cahaya yang bersinar dalam kegelapan bagi orang jujur;dia berbelas kasihan, penyayang, dan adil.
5. Berbahagialah orang yang murah hati dan suka memberi pinjaman,serta jujur dalam segala urusan.
6. Orang yang baik tidak sekali-kali akan gagal;dia akan diingat selama-lamanya.
7. Dia tidak takut menerima berita buruk;hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN.