1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku.Tidak ada gunanya berkata kepadaku,“Terbanglah seperti burung ke gunung,
2. kerana di tempat yang gelap, orang jahat telah melengkungkan busur,dan memasang anak panah untuk memanah orang baik.
3. Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan orang baikapabila tata tertib masyarakat musnah.”
4. TUHAN berada di Rumah-Nya yang suci;Dia mempunyai takhta di syurga.Dia memperhatikan semua manusiadan mengetahui segala perbuatan mereka.