21. Tetapi tolonglah aku, ya TUHAN Raja, menurut janji-Mu,dan selamatkanlah aku kerana kebaikan dan kasih-Mu.
22. Aku miskin dan sengsara;hatiku sangat luka.
23. Aku hampir lenyap seperti bayangan pada waktu petang;aku dikebas seperti belalang.
24. Lututku gementar kerana berpuasa;badanku tinggal kulit dan tulang.
25. Apabila orang melihat aku, mereka mengejek aku;mereka menggeleng-gelengkan kepala sambil menghina aku.
26. Tolonglah aku, ya TUHAN, Allahku;selamatkanlah aku kerana kasih-Mu.
27. Hendaklah musuhku tahu bahawa hal itu perbuatan-Mu,bahawa Engkaulah yang menyelamatkan aku.
28. Walaupun mereka mengutuk aku,tetapi Engkau memberkati aku.Biarlah mereka yang menganiaya aku dikalahkan,dan semoga aku, hamba-Mu, digembirakan.
29. Biarlah musuhku dihina,dan perasaan malu menyelubungi mereka seperti jubah.
30. Aku akan bersyukur kepada TUHAN dengan suara nyaring;aku akan memuji Dia dalam perhimpunan umat,
31. kerana Dia membela orang sengsara dan menyelamatkan merekadaripada orang yang menjatuhi mereka hukuman mati.