15. Biarlah TUHAN sentiasa mengingati dosa mereka,tetapi mereka sama sekali dilupakan oleh orang di bumi.
16. Musuhku itu tidak pernah berniat untuk berbuat baik;dia menganiaya dan membunuhorang yang miskin, yang sengsara, dan yang tidak berdaya.
17. Dia suka mengutuk;biarlah dia sendiri dikutuk!Dia tidak suka memberkati orang;biarlah tidak seorang pun memberkati dia!
18. Dia lebih sering mengutuk orang daripada mengganti pakaian;biarlah kutuk itu masuk ke badannya seperti air yang diminumnya,dan menyerap seperti minyak ke dalam tulang-tulangnya.
19. Biarlah kutuk itu menutupinya seperti pakaian,dan sentiasa membelitnya seperti tali pinggang.
20. Ya TUHAN, hukumlah musuhku dengan cara itu,mereka yang mengatakan hal jahat tentang aku.
21. Tetapi tolonglah aku, ya TUHAN Raja, menurut janji-Mu,dan selamatkanlah aku kerana kebaikan dan kasih-Mu.
22. Aku miskin dan sengsara;hatiku sangat luka.
23. Aku hampir lenyap seperti bayangan pada waktu petang;aku dikebas seperti belalang.
24. Lututku gementar kerana berpuasa;badanku tinggal kulit dan tulang.
25. Apabila orang melihat aku, mereka mengejek aku;mereka menggeleng-gelengkan kepala sambil menghina aku.
26. Tolonglah aku, ya TUHAN, Allahku;selamatkanlah aku kerana kasih-Mu.
27. Hendaklah musuhku tahu bahawa hal itu perbuatan-Mu,bahawa Engkaulah yang menyelamatkan aku.
28. Walaupun mereka mengutuk aku,tetapi Engkau memberkati aku.Biarlah mereka yang menganiaya aku dikalahkan,dan semoga aku, hamba-Mu, digembirakan.
29. Biarlah musuhku dihina,dan perasaan malu menyelubungi mereka seperti jubah.