38. Mereka membunuh anak-anak yang tidak bersalah,sehingga negeri itu dinajiskan oleh pembunuhan itu.
39. Mereka mencemarkan diri dengan perbuatan mereka,dan mereka tidak setia kepada Allah.
40. Oleh itu TUHAN murka terhadap umat-Nya;Dia berasa jijik terhadap mereka.
41. Dia menyerahkan mereka ke dalam kuasa bangsa-bangsa,dan membiarkan musuh menjajah mereka.
42. Mereka ditindas oleh musuh,mereka dijajah sepenuhnya.
43. Berulang kali TUHAN menyelamatkan umat-Nya,tetapi mereka masih memberontak terhadap-Nya,sehingga dosa mereka bertambah-tambah.
44. Namun TUHAN mendengar seruan mereka,dan memperhatikan kesusahan mereka.
45. Bagi kebaikan mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya,dan kerana kasih-Nya yang besar, Dia mengasihani mereka.