Mazmur 106:23-32 Alkitab Berita Baik (BM)

23. Apabila Allah berfirman hendak membinasakan umat-Nya;Musa, hamba pilihan-Nya, berdiri di hadapan Allah,dan memujuk Dia supaya tidak membinasakan mereka.

24. Kemudian mereka menolak tanah yang indah itu,kerana mereka tidak percaya akan janji Allah.

25. Mereka merungut di dalam khemah merekadan tidak mahu mendengarkan TUHAN.

26. Maka dengan sumpah Dia berjanjiakan membunuh mereka di gurun,

27. dan mencerai-beraikan keturunan mereka antara bangsa-bangsa,sehingga mereka mati di negeri-negeri asing.

28. Kemudian di Peor, umat Allah ikut menyembah Baal,dan makan korban yang dipersembahkan kepada dewa-dewa yang tidak bernyawa.

29. Mereka membangkitkan kemurkaan TUHAN dengan perbuatan mereka,lalu penyakit yang dahsyat menyerang mereka.

30. Tetapi Pinehas berdiri dan menghukum orang yang bersalah,lalu wabak itu pun berhenti.

31. Jasanya itu diingati orang,dan dia pun dikenang sampai selama-lamanya.

32. Mereka membangkitkan kemurkaan TUHAN di mata air di Meriba,dan menyusahkan Musa dengan perbuatan mereka.

Mazmur 106