Mazmur 106:16-30 Alkitab Berita Baik (BM)

16. Di gurun itu mereka iri hati terhadap Musa,dan terhadap Harun, hamba yang mengabdi kepada TUHAN.

17. Bumi terbuka dan menelan Datan,dan menimbusi Abiram serta keluarganya;

18. api turun membakar pengikut mereka,dan menghanguskan semua orang durjana.

19. Mereka membuat anak lembu emas di Sinai,lalu menyembah patung itu.

20. Mereka menggantikan kemuliaan Allahdengan patung binatang pemakan rumput.

21. Mereka melupakan Allah yang telah menyelamatkan mereka,Allah yang telah melakukan hal-hal besar di Mesir.

22. Sungguh hebat perbuatan-Nya di negeri itu,sungguh menakjubkan perbuatan-Nya di Laut Gelagah.

23. Apabila Allah berfirman hendak membinasakan umat-Nya;Musa, hamba pilihan-Nya, berdiri di hadapan Allah,dan memujuk Dia supaya tidak membinasakan mereka.

24. Kemudian mereka menolak tanah yang indah itu,kerana mereka tidak percaya akan janji Allah.

25. Mereka merungut di dalam khemah merekadan tidak mahu mendengarkan TUHAN.

26. Maka dengan sumpah Dia berjanjiakan membunuh mereka di gurun,

27. dan mencerai-beraikan keturunan mereka antara bangsa-bangsa,sehingga mereka mati di negeri-negeri asing.

28. Kemudian di Peor, umat Allah ikut menyembah Baal,dan makan korban yang dipersembahkan kepada dewa-dewa yang tidak bernyawa.

29. Mereka membangkitkan kemurkaan TUHAN dengan perbuatan mereka,lalu penyakit yang dahsyat menyerang mereka.

30. Tetapi Pinehas berdiri dan menghukum orang yang bersalah,lalu wabak itu pun berhenti.

Mazmur 106