Mazmur 106:1-12 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Pujilah TUHAN!Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik;kasih-Nya kekal abadi.

2. Siapakah dapat menceritakan perbuatan besar yang dilakukan TUHAN?Siapakah dapat memuji Dia dengan secukupnya?

3. Berbahagialah orang yang berlaku adil,yang sentiasa melakukan apa yang benar.

4. Ingatlah aku, ya TUHAN, ketika Engkau menolong umat-Mu;selamatkanlah aku juga, ketika Engkau menyelamatkan mereka.

5. Semoga aku melihat umat-Mu makmur semula,dan semoga aku bersukacita bersama-sama umat-Mu,serta berbangga bersama-sama mereka yang menjadi milik-Mu.

6. Kami telah berdosa seperti nenek moyang kami;kami jahat dan keji.

7. Ketika di Mesir nenek moyang kami tidak faham akan perbuatan-Nya yang menakjubkan;mereka lupa akan kasih-Nya yang berlimpah,dan mereka memberontak terhadap Yang Maha Kuasa di Laut Gelagah.

8. Tetapi Dia menyelamatkan mereka menurut janji-Nya,untuk menunjukkan kuasa-Nya yang besar.

9. Dia memberikan perintah kepada Laut Gelagah dan laut itu pun kering,lalu Dia memimpin umat-Nya menyeberang laut yang kering itu.

10. Dia menyelamatkan mereka daripada orang yang membenci mereka,dan membebaskan mereka daripada musuh mereka.

11. Tetapi air melemaskan musuh mereka;tiada seorang pun selamat.

12. Lalu umat-Nya percaya kepada janji-Nya,dan menyanyikan pujian untuk Dia.

Mazmur 106