Mazmur 104:30-34 Alkitab Berita Baik (BM)

30. Tetapi apabila Engkau memberikan nafas, semuanya hidup;Engkau memberikan kehidupan baru kepada bumi.

31. Semoga kemuliaan TUHAN kekal selama-lamanya!Semoga TUHAN bergembira dengan semua ciptaan-Nya!

32. Dia memandang bumi, bumi pun bergentar;Dia menyentuh gunung, gunung pun berasap.

33. Aku akan menyanyi untuk TUHAN sepanjang umurku;aku akan menyanyikan pujian bagi Allahku seumur hidupku.

34. Semoga nyanyianku menyenangkan hati-Nya,kerana Dialah yang membuat hatiku gembira.

Mazmur 104