Mazmur 103:5-16 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Dia memuaskan hidupku dengan segala yang baik,sehingga aku tetap muda dan kuat seperti burung helang.

6. TUHAN membela orang yang tertindasdan bertindak dengan adil.

7. Dia menyatakan rancangan-Nya kepada Musa,dan perbuatan-Nya kepada bangsa Israel.

8. TUHAN pengasih dan penyayang,panjang sabar, dan penuh dengan kasih.

9. Dia tidak selalu murka,Dia tidak selalu menaruh dendam.

10. Dia tidak menghukum kita setimpal dengan dosa kita,Dia tidak membalas kita setimpal dengan kesalahan kita.

11. Tetapi setinggi langit dari bumi,setinggi itu juga kasih-Nya kepada orang yang menghormati-Nya.

12. Sejauh timur dari barat,sejauh itu juga dibuang-Nya dosa kita.

13. Seperti seorang bapa mengasihani anak-anaknya,begitulah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya.

14. Dia tahu bagaimana kita dibentuk,Dia ingat bahawa kita ini debu belaka.

15. Manusia bagaikan rumput,yang tumbuh dan mengembang seperti bunga di padang.

16. Apabila ditiup angin, bunga pun hilang,tiada orang melihatnya lagi.

Mazmur 103