Mazmur 102:3-18 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Janganlah berpaling daripadakuketika aku dalam kesusahan.Dengarlah apabila aku berseru,dan jawablah permintaanku dengan segera.

4. Hidupku menghilang seperti asap;badanku seolah-olah terbakar.

5. Aku layu seperti rumput kering,dan seleraku hilang.

6. Aku mengerang dengan kuat;badanku kurus kering.

7. Aku bagaikan burung liar di padang pasir,bagaikan burung hantu di tempat runtuhan.

8. Aku tidak dapat tidur;aku bagaikan burung yang kesepian di bumbung rumah.

9. Sepanjang hari musuh mencela aku;mereka yang mempermainkan aku menggunakan namaku untuk mengutuk.

10. Abu menjadi makananku,dan minumanku bercampur air mata

11. kerana kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.Engkau telah mengangkat dan membuang aku.

12. Hidupku berlalu seperti bayang-bayang pada waktu petang;aku layu seperti rumput kering.

13. Tetapi Engkau, ya TUHAN, raja selama-lamanya;semua keturunan akan mengingati Engkau.

14. Engkau akan bangkit dan mengasihani Sion;masanya sudah tiba untuk mengasihaninya;inilah masanya yang tepat.

15. Walaupun Sion telah musnah, hamba-hamba-Mu mengasihinya;walaupun Sion telah runtuh, mereka mengasihaninya.

16. Bangsa-bangsa akan takut kepada TUHAN;semua raja di bumi akan takut terhadap kuasa-Nya.

17. Apabila TUHAN membina Sion semula,Dia akan menyatakan keagungan-Nya.

18. Dia akan mendengar doa umat-Nya yang papa,dan tidak menolak permohonan mereka.

Mazmur 102