3. Janganlah berpaling daripadakuketika aku dalam kesusahan.Dengarlah apabila aku berseru,dan jawablah permintaanku dengan segera.
4. Hidupku menghilang seperti asap;badanku seolah-olah terbakar.
5. Aku layu seperti rumput kering,dan seleraku hilang.
6. Aku mengerang dengan kuat;badanku kurus kering.
7. Aku bagaikan burung liar di padang pasir,bagaikan burung hantu di tempat runtuhan.
8. Aku tidak dapat tidur;aku bagaikan burung yang kesepian di bumbung rumah.
9. Sepanjang hari musuh mencela aku;mereka yang mempermainkan aku menggunakan namaku untuk mengutuk.
10. Abu menjadi makananku,dan minumanku bercampur air mata
11. kerana kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.Engkau telah mengangkat dan membuang aku.
12. Hidupku berlalu seperti bayang-bayang pada waktu petang;aku layu seperti rumput kering.
13. Tetapi Engkau, ya TUHAN, raja selama-lamanya;semua keturunan akan mengingati Engkau.
14. Engkau akan bangkit dan mengasihani Sion;masanya sudah tiba untuk mengasihaninya;inilah masanya yang tepat.