Mazmur 102:20-29 Alkitab Berita Baik (BM)

20. TUHAN memandang ke bawah dari tempat-Nya yang suci,Dia memandang dari syurga ke bumi,

21. untuk mendengar keluhan orang tawanan,dan membebaskan mereka yang dijatuhi hukuman mati.

22. Oleh itu nama-Nya akan diisytiharkan di Sion;Dia akan dipuji-puji di Yerusalem,

23. ketika bangsa dan kerajaan berkumpuluntuk menyembah TUHAN.

24. TUHAN melemahkan aku semasa aku masih muda;Dia memendekkan umurku.

25. Ya Allah, janganlah ambil nyawaku,sebelum lanjut usiaku.Engkau hidup selama-lamanya;

26. dahulu Engkau menciptakan bumi,dan langit pun karya tangan-Mu sendiri.

27. Semuanya akan lenyap, tetapi Engkau tetap ada;semuanya akan usang seperti kain.Engkau membuang semuanya seperti baju lama;lalu semuanya akan lenyap.

28. Tetapi Engkau tetap sama,hidup-Mu tidak akan berakhir.

29. Anak-anak kami akan hidup dengan selamat,dan keturunan mereka sentiasa aman dalam perlindungan-Mu.

Mazmur 102