Mazmur 102:1-15 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Doa seorang yang sengsara dan letih lesu, yang mengeluh kepada TUHAN.

2. Dengarlah doaku, ya TUHAN,dengarlah seruanku minta pertolongan.

3. Janganlah berpaling daripadakuketika aku dalam kesusahan.Dengarlah apabila aku berseru,dan jawablah permintaanku dengan segera.

4. Hidupku menghilang seperti asap;badanku seolah-olah terbakar.

5. Aku layu seperti rumput kering,dan seleraku hilang.

6. Aku mengerang dengan kuat;badanku kurus kering.

7. Aku bagaikan burung liar di padang pasir,bagaikan burung hantu di tempat runtuhan.

8. Aku tidak dapat tidur;aku bagaikan burung yang kesepian di bumbung rumah.

9. Sepanjang hari musuh mencela aku;mereka yang mempermainkan aku menggunakan namaku untuk mengutuk.

10. Abu menjadi makananku,dan minumanku bercampur air mata

11. kerana kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.Engkau telah mengangkat dan membuang aku.

12. Hidupku berlalu seperti bayang-bayang pada waktu petang;aku layu seperti rumput kering.

13. Tetapi Engkau, ya TUHAN, raja selama-lamanya;semua keturunan akan mengingati Engkau.

14. Engkau akan bangkit dan mengasihani Sion;masanya sudah tiba untuk mengasihaninya;inilah masanya yang tepat.

15. Walaupun Sion telah musnah, hamba-hamba-Mu mengasihinya;walaupun Sion telah runtuh, mereka mengasihaninya.

Mazmur 102