Mazmur 10:2-7 Alkitab Berita Baik (BM)

2. Dengan sombong orang jahat menindas orang miskin;biarlah mereka dijerat oleh perangkap mereka sendiri.

3. Orang jahat membangga-banggakan niat jahat mereka;orang tamak mengutuki dan menolak TUHAN.

4. Orang jahat tidak mempedulikan TUHAN;kerana mereka sombong, mereka berfikir Allah tidak ada.

5. Orang jahat berjaya dalam segala perbuatan mereka.Mereka tidak dapat memahami pengadilan Allah;mereka mentertawakan musuh-musuh mereka.

6. Mereka berkata dalam hati, “Kami tidak akan gagal;kami tidak akan ditimpa kesusahan.”

7. Percakapan mereka penuh dengan sumpahan, dusta, dan ancaman;mereka cepat menista dan menjahati orang.

Mazmur 10