Mazmur 10:13-18 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Mengapakah orang jahat menghina Allah,dan berfikir mereka tidak akan dihukum Allah?

14. Tetapi Engkau nampak;Engkau perhatikan kesusahan dan penderitaan orang,dan sentiasa sedia untuk menolong mereka.Orang yang tidak berdaya menyerahkan dirinya kepada-Mu,kerana Engkau selalu menolong orang yang susah.

15. Patahkanlah kekuasaan orang yang jahat dan durjana;hukumlah mereka kerana kekejaman merekasehingga mereka berhenti melakukannya.

16. TUHAN raja selama-lamanya,dan orang yang tidak mengenal Dia akan lenyap dari negeri-Nya.

17. TUHAN, kabulkanlah doa orang hina;berikanlah semangat kepada mereka.

18. Engkau mendengar tangisan anak yatim dan orang yang ditindas;Engkau membela mereka supaya orang tidak lagi menakutkan mereka.

Mazmur 10