Matius 5:9-12 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia,Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya!

10. Berbahagialah orang yang menderita penganiayaan kerana melakukan kehendak Allah,merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!

11. Berbahagialah kamu apabila orang menghina, menganiaya, dan memfitnah kamu kerana kamu pengikut-Ku.

12. Nabi-nabi zaman dahulu juga dianiaya seperti itu. Bersukacitalah dan bergembiralah, kerana Allah sudah menyediakan pahala yang besar di syurga untuk kamu.”

Matius 5