3. Lalu Iblis datang dan berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, perintahlah batu-batu ini menjadi roti.”
4. Yesus menjawab, “Di dalam Alkitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang difirmankan oleh Allah.’ ”
5. Kemudian Iblis membawa Yesus ke Yerusalem, kota suci itu, lalu meletakkan Dia di puncak Rumah Tuhan.
6. Iblis berkata kepada Yesus, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah, kerana di dalam Alkitab tertulis,‘Allah akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya menjaga Engkau;malaikat akan menyambut Engkau dengan tangan,supaya kaki-Mu tidak terhantuk pada batu.’ ”
7. Yesus menjawab, “Tetapi di dalam Alkitab tertulis juga, ‘Janganlah cubai Tuhan Allahmu.’ ”
8. Kemudian Iblis membawa Yesus ke gunung yang sangat tinggi, dan menunjukkan semua kerajaan di dunia ini serta segala kekayaannya kepada-Nya.
9. Lalu Iblis berkata kepada Yesus, “Semua ini akan aku berikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku.”
10. Yesus menjawab, “Pergilah, hai Iblis! Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’ ”
11. Kemudian Iblis meninggalkan Yesus, dan malaikat-malaikat pun datang menolong Dia.
12. Ketika Yesus mendengar bahawa Yohanes dipenjarakan, Dia pun pergi ke Galilea.
13. Dia tidak menetap di Nasaret, tetapi tinggal di Kapernaum, sebuah kota di tepi Tasik Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali.
14. Hal ini berlaku supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya,
15. “Tanah Zebulon dan tanah Naftali,yang menghala ke tasik,di seberang Sungai Yordan,Galilea, negeri orang bukan Yahudi!
16. Bangsa yang hidup dalam kegelapanakan nampak cahaya yang gemilang!Bagi mereka yang hidup di negeri yang dibayangi maut,cahaya itu akan bersinar!”