Matius 4:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian Yesus dipimpin oleh Roh Allah ke padang gurun supaya dicubai oleh Iblis.

2. Setelah berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam, Yesus lapar.

3. Lalu Iblis datang dan berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, perintahlah batu-batu ini menjadi roti.”

4. Yesus menjawab, “Di dalam Alkitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang difirmankan oleh Allah.’ ”

5. Kemudian Iblis membawa Yesus ke Yerusalem, kota suci itu, lalu meletakkan Dia di puncak Rumah Tuhan.

6. Iblis berkata kepada Yesus, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah, kerana di dalam Alkitab tertulis,‘Allah akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya menjaga Engkau;malaikat akan menyambut Engkau dengan tangan,supaya kaki-Mu tidak terhantuk pada batu.’ ”

Matius 4