Matius 26:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Setelah Yesus mengajarkan semua perkara itu, Dia berkata kepada pengikut-pengikut-Nya,

2. “Kamu tahu bahawa dua hari lagi Perayaan Paska akan dirayakan, dan Anak Manusia akan diserahkan untuk disalibkan!”

3. Kemudian para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi berkumpul di istana Imam Agung Kayafas.

4. Mereka berkomplot untuk menangkap Yesus dengan diam-diam dan membunuh Dia.

5. Mereka berkata, “Kita tidak boleh melakukannya pada masa perayaan, kerana nanti rakyat merusuh.”

6. Yesus di Betania, di rumah Simon yang dahulu berpenyakit kulit yang mengerikan.

7. Yesus sedang makan apabila seorang wanita datang kepada-Nya. Dia membawa sebuah botol marmar berisi minyak wangi yang mahal. Dia menuang minyak wangi itu ke atas kepala Yesus.

8. Pengikut-pengikut Yesus nampak apa yang berlaku, lalu naik marah. Mereka bertanya, “Mengapa minyak wangi itu dibazirkan?

Matius 26