1. Setelah Yesus mengajarkan semua perkara itu, Dia berkata kepada pengikut-pengikut-Nya,
2. “Kamu tahu bahawa dua hari lagi Perayaan Paska akan dirayakan, dan Anak Manusia akan diserahkan untuk disalibkan!”
3. Kemudian para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi berkumpul di istana Imam Agung Kayafas.
4. Mereka berkomplot untuk menangkap Yesus dengan diam-diam dan membunuh Dia.
5. Mereka berkata, “Kita tidak boleh melakukannya pada masa perayaan, kerana nanti rakyat merusuh.”
6. Yesus di Betania, di rumah Simon yang dahulu berpenyakit kulit yang mengerikan.