Matius 24:33-42 Alkitab Berita Baik (BM)

33. Demikian juga apabila kamu melihat semua perkara ini, kamu tahu bahawa waktunya sudah dekat dan segera akan bermula.

34. Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya.

35. Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.”

36. “Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, sama ada malaikat-malaikat di syurga ataupun Anak; hanya Bapa yang tahu.

37. Apabila Anak Manusia datang kelak, masa itu seperti zaman Nuh.

38. Pada masa banjir belum melanda, orang makan dan minum, lelaki dan perempuan berkahwin sehingga pada hari Nuh masuk ke dalam bahtera.

39. Mereka tidak tahu akan apa yang sedang berlaku sehingga banjir membinasakan mereka semua. Demikianlah keadaannya apabila Anak Manusia datang.

40. Pada waktu itu, dua orang sedang bekerja di ladang: Seorang akan dibawa pergi dan seorang lagi akan ditinggalkan.

41. Dua orang wanita sedang menggiling gandum: Seorang akan dibawa pergi dan seorang lagi akan ditinggalkan.

42. Berjaga-jagalah kerana kamu tidak mengetahui waktunya Tuhan kamu akan datang.

Matius 24