31. Tentang orang mati dibangkitkan semula, belum pernahkah kamu baca apa yang difirmankan oleh Allah? Allah berfirman,
32. ‘Akulah Allah yang disembah Abraham, Ishak, dan Yakub.’ Oleh itu, Dia Allah orang hidup, bukan Allah orang mati.”
33. Apabila orang ramai mendengar penjelasan Yesus, mereka hairan mendengar ajaran-Nya.
34. Apabila orang Farisi mendengar bahawa Yesus telah menyebabkan orang Saduki tidak dapat berkata sepatah pun, mereka datang berkumpul.
35. Lalu seorang guru Taurat antara mereka, cuba memerangkap Yesus dengan sebuah pertanyaan.
36. Dia bertanya, “Guru, perintah manakah yang paling utama dalam Taurat?”
37. Yesus menjawab, “ ‘Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.’
38. Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting!
39. Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.
40. Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.”
41. Apabila orang Farisi berkumpul bersama-sama, Yesus bertanya kepada mereka,
42. “Apa pendapat kamu tentang Penyelamat yang diutus oleh Allah? Keturunan siapakah Dia?”“Keturunan Daud, ” jawab mereka.
43. “Jika demikian,” tanya Yesus, “mengapa Daud, ketika diilhami oleh Roh Allah menyebut Penyelamat itu ‘Tuhan’? Daud berkata,
44. ‘Tuhan telah berfirman kepada Tuhanku:duduklah di sebelah kanan-Ku,sehingga Aku menaklukkan musuh-Mu kepada-Mu.’
45. Jika Daud menyebut Penyelamat yang diutus oleh Allah itu ‘Tuhan’, bagaimana mungkin Penyelamat itu keturunan Daud?”