Matius 22:24-41 Alkitab Berita Baik (BM)

24. “Guru,” kata mereka, “Musa mengajarkan demikian: Jika seorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak, maka saudara lelakinya harus berkahwin dengan balunya untuk memberikan keturunan kepada orang yang sudah meninggal itu.

25. Dahulu ada tujuh orang adik-beradik tinggal di sini. Yang sulung berkahwin lalu meninggal tanpa mempunyai anak. Oleh itu, saudara yang kedua berkahwin dengan balunya.

26. Saudara yang kedua pun meninggal tanpa mempunyai anak. Hal yang sama berlaku kepada saudara yang ketiga dan seterusnya sehingga kepada yang ketujuh.

27. Akhirnya wanita itu meninggal.

28. Pada hari kebangkitan orang mati, isteri siapakah wanita itu? Mereka semua telah berkahwin dengan dia.”

29. Yesus menjawab, “Pendapat kamu salah sekali! Kamu tidak memahami Alkitab ataupun kuasa Allah.

30. Apabila orang mati dibangkitkan semula, mereka akan menjadi seperti malaikat di syurga: Mereka tidak berkahwin.

31. Tentang orang mati dibangkitkan semula, belum pernahkah kamu baca apa yang difirmankan oleh Allah? Allah berfirman,

32. ‘Akulah Allah yang disembah Abraham, Ishak, dan Yakub.’ Oleh itu, Dia Allah orang hidup, bukan Allah orang mati.”

33. Apabila orang ramai mendengar penjelasan Yesus, mereka hairan mendengar ajaran-Nya.

34. Apabila orang Farisi mendengar bahawa Yesus telah menyebabkan orang Saduki tidak dapat berkata sepatah pun, mereka datang berkumpul.

35. Lalu seorang guru Taurat antara mereka, cuba memerangkap Yesus dengan sebuah pertanyaan.

36. Dia bertanya, “Guru, perintah manakah yang paling utama dalam Taurat?”

37. Yesus menjawab, “ ‘Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.’

38. Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting!

39. Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.

40. Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.”

41. Apabila orang Farisi berkumpul bersama-sama, Yesus bertanya kepada mereka,

Matius 22