1. “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti perumpamaan ini. Seorang pemilik ladang anggur keluar pada waktu fajar untuk mengupah orang bekerja di ladangnya.
2. Dia bersetuju membayar mereka upah yang biasa dibayar untuk kerja sehari, iaitu sekeping wang perak. Lalu dia menyuruh mereka bekerja di ladang anggurnya.
3. Pada pukul sembilan pagi, pemilik ladang itu pergi lagi ke pasar dan melihat beberapa orang sedang menganggur.
4. Dia berkata kepada mereka, ‘Pergilah bekerja di ladang anggurku. Aku akan membayar kamu dengan upah yang berpatutan.’