Matius 17:5-14 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Sementara Petrus berkata-kata, awan yang bersinar-sinar meliputi mereka, dan terdengar suara dari awan berkata, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku. Dengarkanlah Dia!”

6. Apabila pengikut-pengikut Yesus mendengar suara itu, mereka sangat ketakutan dan meniarap di tanah.

7. Tetapi Yesus datang dan menyentuh mereka. “Bangunlah,” kata-Nya, “janganlah takut!”

8. Apabila mereka memandang di sekeliling, mereka tidak nampak sesiapa pun, kecuali Yesus.

9. Semasa mereka turun dari gunung itu, Yesus memerintah mereka, “Jangan beritahu sesiapa pun apa yang telah kamu lihat, selagi Anak Manusia belum dibangkitkan daripada kematian.”

10. Pengikut-pengikut-Nya bertanya kepada Yesus, “Mengapakah guru Taurat berkata bahawa Elia mesti datang terlebih dahulu?”

11. Yesus menjawab, “Elia memang datang terlebih dahulu untuk menyediakan segala-galanya.

12. Tetapi Aku berkata kepada kamu, Elia sudah datang namun orang tidak mengenal dia; mereka memperlakukan dia dengan sesuka hati mereka. Dengan cara yang sama mereka akan memperlakukan Anak Manusia.”

13. Barulah pengikut Yesus mengerti bahawa Yesus berkata-kata tentang Yohanes Pembaptis.

14. Apabila Yesus dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang dan berlutut di hadapan Yesus.

Matius 17