Matius 14:4-10 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Yohanes sentiasa menegur Herodes, katanya, “Tuan bersalah kerana berkahwin dengan Herodias!”

5. Herodes berniat membunuh Yohanes, tetapi Herodes takut akan orang Yahudi kerana mereka menganggap Yohanes sebagai nabi.

6. Pada hari jadi Herodes, anak perempuan Herodias menari di hadapan para hadirin dan menghiburkan hati Herodes.

7. Oleh itu Herodes bersumpah akan memberikan apa sahaja yang diminta oleh gadis itu.

8. Gadis itu mengikut kehendak ibunya dan meminta kepala Yohanes Pembaptis di atas talam pada waktu itu juga.

9. Mendengar permintaan itu, Herodes bersedih hati. Tetapi Herodes sudah bersumpah di hadapan semua hadirin. Oleh itu Herodes memberikan perintah supaya permintaan gadis itu dipenuhi.

10. Oleh itu Herodes menyuruh orang pergi ke penjara untuk memancung kepala Yohanes.

Matius 14