2. Apabila orang Farisi nampak hal ini, mereka berkata kepada Yesus, “Lihatlah, pengikutmu melanggar Taurat kita. Mereka melakukan apa yang dilarang pada hari Sabat!”
3. Yesus menjawab, “Belum pernahkah kamu baca apa yang dilakukan oleh Daud ketika dia dan anak buahnya lapar?
4. Daud masuk ke dalam Khemah Allah, lalu dia dan anak buahnya makan roti yang sudah dipersembahkan kepada Allah, walaupun perbuatan itu melanggar Taurat. Hanya imam yang dibenarkan makan roti itu.
5. Belum pernahkah kamu baca di dalam Taurat Musa bahawa pada setiap hari Sabat, imam di Rumah Tuhan sebetulnya melanggar hukum hari Sabat? Tetapi mereka tidak disalahkan.
6. Perhatikan apa yang Aku katakan ini: Di sini ada yang lebih penting daripada Rumah Tuhan.