Markus 7:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Beberapa orang Farisi dan guru Taurat yang datang dari Yerusalem, berkumpul di sekeliling Yesus.

2. Mereka melihat beberapa orang pengikut Yesus makan dengan tangan yang tidak bersih menurut agama, iaitu tanpa terlebih dahulu membasuh tangan menurut peraturan agama Yahudi.

3. Baik orang Farisi mahupun orang Yahudi lain, semuanya menurut adat istiadat nenek moyang. Mereka tidak akan makan sebelum membasuh tangan menurut cara-cara yang ditetapkan.

4. Makanan yang dibeli di pasar tidak akan dimakan, sebelum dibasuh terlebih dahulu. Banyak lagi peraturan lain yang diamalkan oleh mereka, seperti cara membasuh cawan, mangkuk, dan periuk tembaga.

Markus 7