1. Yesus mula mengajar lagi di tepi Tasik Galilea. Orang yang mengerumuni-Nya begitu banyak sehingga Dia terpaksa duduk di sebuah perahu di tasik itu. Orang ramai berdiri di tepi tasik.
2. Yesus mengajar banyak perkara kepada mereka dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata,
3. “Dengarlah! Seorang peladang pergi menabur benih.
4. Semasa dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan. Lalu burung datang dan makan habis benih itu.