1. Pada pagi-pagi sekali, para ketua imam, pemimpin masyarakat Yahudi, guru Taurat, dan anggota-anggota lain daripada Majlis Agama bermesyuarat untuk membuat beberapa rancangan. Mereka mengikat Yesus, lalu membawa Dia pergi untuk diserahkan kepada Pilatus.
2. Pilatus bertanya kepada Yesus, “Betulkah kamu raja orang Yahudi?”Yesus menjawab, “Begitulah yang tuan katakan.”
3. Ketua-ketua imam melemparkan banyak tuduhan terhadap Yesus.
4. Lalu Pilatus bertanya lagi kepada Yesus, “Tidak mahukah kamu menjawab? Lihatlah betapa banyaknya tuduhan yang dilemparkan oleh mereka terhadapmu!”
5. Sekali lagi Yesus tidak mahu menjawab sepatah pun, sehingga Pilatus merasa hairan.
6. Pada tiap-tiap Perayaan Paska, Pilatus biasanya membebaskan seorang tahanan yang dikehendaki orang ramai.
7. Pada masa itu, seorang bernama Barabas ada di dalam penjara bersama dengan semua pemberontak lain yang telah melakukan pembunuhan pada masa kerusuhan.
8. Ketika orang ramai berkumpul dan seperti biasa mula meminta Pilatus membebaskan seorang tahanan,
42-43. Hari sudah senja ketika Yusuf dari Arimatea tiba. Dia seorang ahli Majlis Agama yang dihormati orang. Dia menunggu-nunggu masanya Allah memerintah. Hari itu hari Persiapan (iaitu hari sebelum hari Sabat). Oleh itu dengan berani Yusuf menghadap Pilatus dan memohon jenazah Yesus.