35. Sewaktu Yesus mengajar di Rumah Tuhan, Dia bertanya, “Bagaimanakah guru Taurat boleh mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?
36. Sedangkan Daud, ketika diilhami oleh Roh Allah, berkata,‘Tuhan telah berfirman kepada Tuhanku:duduklah di sebelah kanan-Kusehingga Aku menakluki musuh-Muke bawah kaki-Mu.’
37. Daud menyebut Penyelamat yang diutus oleh Allah itu ‘Tuhan’. Bagaimana mungkin Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?”Orang ramai di Rumah Tuhan suka mendengar ajaran Yesus.
38. Sewaktu Yesus mengajar mereka, Dia berkata, “Berhati-hatilah dengan guru Taurat. Mereka suka berjalan-jalan dengan memakai jubah panjang, dan suka dihormati orang di pasar.
39. Mereka memilih tempat terbaik di dalam rumah ibadat dan di majlis jamuan.
40. Mereka memperdaya balu serta merampas rumah mereka, kemudian pura-pura berdoa dengan berpanjangan. Mereka akan menerima hukuman yang amat berat!”
41. Sewaktu Yesus duduk dekat peti persembahan di Rumah Tuhan, Dia memerhati orang memasukkan wang ke dalam peti itu. Sebilangan besar orang kaya memasukkan banyak wang.