Markus 12:33-36 Alkitab Berita Baik (BM)

33. Manusia harus mengasihi Allah dengan sepenuh hati, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatannya. Dia juga harus mengasihi sesama manusia seperti dia mengasihi diri sendiri. Mematuhi kedua-dua perintah ini lebih mustahak daripada mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan korban-korban lain.”

34. Yesus melihat bahawa guru Taurat itu menjawab dengan bijak. Lalu Yesus berkata kepadanya, “Kamu tidak jauh daripada Pemerintahan Allah.”Selepas itu tidak seorang pun berani mengajukan pertanyaan kepada Yesus.

35. Sewaktu Yesus mengajar di Rumah Tuhan, Dia bertanya, “Bagaimanakah guru Taurat boleh mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?

36. Sedangkan Daud, ketika diilhami oleh Roh Allah, berkata,‘Tuhan telah berfirman kepada Tuhanku:duduklah di sebelah kanan-Kusehingga Aku menakluki musuh-Muke bawah kaki-Mu.’

Markus 12