12. Apabila hari mula senja, dua belas orang pengikut itu datang kepada Yesus dan berkata, “Suruhlah semua orang ini pulang, supaya mereka dapat pergi ke pekan dan kampung di sekitar tempat ini untuk mendapatkan makanan dan mencari tempat bermalam. Tempat ini terpencil.”
13. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Sebaiknya kamu beri mereka makanan.”Mereka menjawab, “Kami hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan. Adakah Guru mahu kami pergi membeli makanan untuk orang sebanyak ini?”
14. (Ada kira-kira lima ribu orang lelaki di situ.)Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Suruhlah mereka duduk dalam kelompok, kira-kira lima puluh orang sekelompok.”
15. Pengikut-pengikut Yesus melakukan suruhan Yesus lalu semua orang pun duduk.