6. Lalu setiap orang akan melihatAllah menyelamatkan manusia!’ ”
7. Banyak orang datang kepada Yohanes supaya dibaptis olehnya. “Kamu orang jahat!” kata Yohanes kepada mereka. “Siapakah yang memberitahu kamu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah yang akan datang?
8. Lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa! Janganlah mula berkata sesama sendiri, ‘Abraham nenek moyang kami.’ Ketahuilah, Allah dapat membuat batu-batu ini menjadi keturunan untuk Abraham!
9. Lihatlah, kapak sudah tersedia untuk menebang pokok sehingga ke akarnya. Tiap-tiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang lalu dibuang ke dalam api.”
10. Orang ramai bertanya kepada Yohanes, “Apakah yang harus kami lakukan?”
11. Yohanes menjawab, “Sesiapa yang mempunyai dua helai baju, harus memberikan sehelai kepada orang yang tidak mempunyai baju; dan sesiapa yang mempunyai makanan, harus berkongsi makanan dengan yang berkekurangan.”
12. Beberapa orang pemungut cukai datang dan minta dibaptis. Mereka bertanya kepada Yohanes, “Guru, apakah yang harus kami lakukan?”
13. Yohanes berkata, “Janganlah minta lebih daripada apa yang telah ditetapkan.”
14. Askar-askar juga bertanya kepadanya, “Bagaimana dengan kami? Apakah yang harus kami lakukan?”Yohanes menjawab, “Janganlah peras duit daripada sesiapa pun, dan jangan rampas wang dengan mengajukan tuduhan palsu. Berpuas hatilah dengan gaji kamu!”
15. Harapan orang ramai mula timbul. Mereka tertanya-tanya sama ada Yohanes itu Penyelamat yang diutus oleh Allah.
16. Yohanes berkata kepada mereka, “Aku membaptis kamu dengan air, tetapi Dia yang lebih besar daripadaku akan datang. Aku pun tidak layak mengurai tali kasut-Nya. Dia akan membaptis kamu dengan Roh Allah dan api.
17. Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang, tetapi Dia akan membakar sekam di dalam api yang tidak dapat padam!”
18. Demikianlah Yohanes menasihati orang dengan berbagai-bagai cara, pada waktu dia mengisytiharkan Berita Baik.
19. Tetapi Yohanes menegur Gabenor Herodes tentang perkahwinannya dengan Herodias, isteri saudaranya, dan tentang semua kejahatan lain yang telah dilakukannya.
20. Kemudian Herodes melakukan perbuatan yang lebih jahat lagi; dia memenjarakan Yohanes.
21. Setelah semua orang itu dibaptis, Yesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka,