Lukas 23:20-23 Alkitab Berita Baik (BM)

20. Pilatus hendak membebaskan Yesus. Oleh itu Pilatus berseru lagi kepada orang ramai.

21. Tetapi mereka berseru, “Salibkan dia! Salibkan dia!”

22. Lalu untuk kali ketiga Pilatus berkata kepada mereka, “Tetapi apakah kesalahannya? Aku tidak mendapati kesalahan apa-apa pun pada orang ini sehingga dia patut dijatuhi hukuman mati! Aku akan menyuruh orang mencambuk dia, kemudian membebaskannya.”

23. Tetapi mereka terus-menerus berseru dengan sekuat tenaga bahawa Yesus harus disalibkan, dan akhirnya mereka berjaya.

Lukas 23